BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Aku Rindu! huaaaaaaaa :'(

 Assalamualaika wa Assalamualaiki :)
sehat ke? sehat sehat la selalu macam aku ni erk ...
sebonarnya, nak cite pasal aku ni rinduuuuuuu..
tw rindu kat ape?
antaranyaaa,.. my daily activity masa sekolah rendah and menengah.
dulu aku g sekolah nek basikal.
sebab tu laa aku hitam. but who care?hahahhahah
Setelah 9 tahun, eh bukan 9 tapi 6 thun je aku tinggalkan zaman basikal,
 malam tadi baru aku naik basikal lagi
tu pon macam gagap gagap jee.
hakikatnya, aku dah tak teror macam dulu. :'(
ni haaa, gamba aku nek basikal malam tadi =)

nampak tak muka aku kaku sebenarnya, huahhahaha

tu laa, kenangan dulu tak mungkin aku boleh repat sejibik2
mcm kanak2 rebina.
huhhhh, rindu la.

next, aku rindu selebriti yang tak berapa famous.
belum STAR sgt tapi dah lupa peminat yang setia mcm aku
janji nak karaoke bile aku abes final mase sem tiga. 
tapi skarang dah sem empat, contact aku pon tak. 
sampai hati kanda AIMAN wat dinda cmniehh
rindunye kat diee...

mcm mana die boleh lupa kat aku? artis laen sume berebut nak karaoke ngn aku taw !

Last but not least, ngeeee <3 rindu kat kanda mucuk ni laa
lame tak jumpe... ni bulan pose, nak jumpe ke?
tak manis laa kann, date time puase, cakap je lebih aku nie
huhahahahah
rindu sangat kat si busuk nie..
dulu tiap malam makan same, sejak unisel pisahkan kami,
berkurang lah maksiat mata antara aku dan dia.
tak dapat nak main main mata lagi ngn si bcuk aku ni =.="
tak pe lahhh, kehendak unisel, Aku redho dengan jarak jauh ini..
hehehehehhe, ayat aku.
makin jauh makin rindu ape... lagi romantik taww.. 
kannnnnn
nmpak x muka dia yang belagak tu?
tapi hati dia baik taw ;')

banyak lagi yang aku rindu, tapi tak terdaya la
dek jari jemari aku untuk menari2 di atas keyboard nie.
sampai sini je.
bye peepssssssss! hekhekhek =)

SAYA KENA EXTEND SEMESTER INI PADA SEMESTER SETERUSNYA??

 Assalamualaika and Assalamualaiki. 
Tak dapat la nak bermuqaddimah panjang panjang sebab 
cerita yang bakal aku ceritakan ini semamangnya sudah panjang. 
(sebenarnya tak panjang, alasan je sebab tak taw nak wat muqaddimah ape).
0k, berbalik kepada cerita aku kena exstend. bukan aku sorang, kawan aku pon same
and semua ni terjadi gara gara kawan aku ni laaa, wan adila noor name die. 
Aku ceritakan daripada mula laa,, aku dah balik rumah sewa seminggu awal, kononnya 
nak bayar i daftar same2 dengan kawan aku tadi. Tapi die cakap die just ade duit sewa ruma.
duit i daftar mak die bank in seminggu kemudiannya. kalau ikutkan death line 
tak sampai semunggu pon mase tu,  Aku pon pkir, macam mane nie?
kalau kita lewat bayar nanti kena denda! haihhh 
Tibe2 teringat sem lepas housemate aku byar i daftar lewat seminggu.
tak kene denda pon.
 Bertuahnya kawan aku sebab mengenali aku sebagai kawan die. 
aku yang baik hati ni pon offerkan diri untuk menuggu mak
die bank in dan kami akan daftar bersama. HAHA
Setelah seminggu menunggu, akhirnya selesailah urusan kami di bank islam untuk bank in 
duit pendaftaran. tinggal buat online rgister je. 
tapi sebenarnya itu yang paling penting. 
Tapi benarlah kata cikgu sekolah rendah aku dulu,
malang tidak berbau. laptop aku pulak yang rosak. alahai kat celah mane 
plak aku nak cekau duit nie? register online pon tak buat lagi. 
Aku ngn dila pon g la cybercafe semate2 nak uruskan i Daftar tu.
baru je clik, tibe2 keluar gamba nie
 dah x boleh wat i daftar. 

Sudah jatuh di timpa tangga nampaknya. Dah la laptop rosak,
i daftar plak x boleh buat. confirm2 lah kena denda nie. duit lagi. 
uwaaaaaa T_T
My first week dengan claz baru. subject baru.
class tak busy mane pon. so aku ngan wan adila pon
pergi la finance untuk setlekan i daftar secara manual. kena denda pon xpe laaa.
aku sanggup demi mu ilmu. ekekekekekke
Fulamakkkk. ramai gile orangg. Oleh kerane aku ni suke buat assumption sendiri, 
aku pon gatal mulot ajak kawan aku tadi balek and aku cadangkan buat minggu
depanye. InsyaAllah, minggu depan dah tak ramai kot. kate ku yang berbicara manis. HUAAHAHHAH
Isnin depanya 25hb baru ktrg g finance, tu pon dah petang.
sampai2 je akak tu kate, datang esok pagi. no dah abes. 
"takpelah, tp nak tanya pasal i daftar kak, nak kena byar bape erh? "soalku 
 " korang kena EXSTEND this sem sebab last pembayaran denda pada 22hb" jawabnya dalam nada yang seolah2 mengejek.  OK FINE
aku ngn wan adila dah gelabah gila. ape nak buat nie? nak cakap ape kat ibu ngn abah?
nti aku grade lambat la ni? Dalam otakku terbayang wajah ibu and abah yang sedang berceramah 
panjang menghadapku. Yang pasti bukan ceramah biase, tapi ceramah in angry version.
kalau nak tengok gelabah wan adila plak, HAHA. tak yah cite la kan
die 50x lebih gelabah dpd aku. ape yang dia bayangkan pon aku tak taw. 
tapi teringat Sir Ikram, mane taw die boleh tolong kan. mase tu dalam otak,
kami sanggup lakukan ape je asalkan tak kena exstend. dalam
keadaan blur2 pon, ktrg g jumpe sir kat kedai makan seperti yang telah di janjikan.
dengan muke selebet and muke mintak simpati kami pon cerita laa yang kami mendapat perintah
yang semester ini kami kena exstend. T_T.
Tapi nak salahkan siapa, salahkan lah diri sendiri. kami yang tak alert bnde mcm nie.
sir kate ktrg boleh buat rayuan dekat unit pendaftaran. tapi kalau tak di terima. sir tak boleh tolong ape dah.
Terima kasih lah kepada sir ikram yang menolong serba sedikit untuk tindakan yang 
patut kami buat.
esoknya selepas penat lelah wan adila nor kejut aku kami pon pergi ke unisel.
Sedang2 cari pejabat pendaftaran, tibe2 ade sorang kakitangan unisel yang baik hati ni tanya kitorg
"nak buat i daftar ke? boleh pergi finance bayar denda dulu. " bicara akak comel tu.
aku yang comel ni pon jawab la. "kitaorang dah pergi semalam,  tapi die kata dah tak boleh byar and ktrg kena extend.
rupa rupanya hari ni boleh bayar denda. Walaupun aku tak paham peraturan baru ape yang
sedang unisel buat, tp tak kesah lah, yang penting aku tak nak kena extend. 
Mase tu dah pkol 11 lebih. sampai2 je kat finance, no pulak dah abes.
hekelehhhhh. apekehe nye nieee.... so aku ngn wan adila kena tunggu samapi abes lunch hour..
argghhhh. 
Sambil2 menunggu tu, rupa rupanya ade tige jejaka lain kat blik atm tu. ok, aku x tw nama blik tu.
igt jejaka mana, si zam zamy , aby n sorg lg kawan die aku x kenal. diorang pon ade msalah yang lebih kurang same ngn ktrg. jejaka2 ni pon tnye laa, nape x amek no?. aku pon cite laa
yang no dah abes... 
tapiii...... 
kalau rezeki tak kemane kann...? 
hahahhahaha. zam zamy pon  keluarkan dua lagi no spare dalam pocket die.
ahahahhaha. dia kate, satu no rm10. er, aku harap tu gurau2 je sebab aku takde duet nak byar2 nie
hahahaha.
lastnyer, setle la bayaran.segala urusan telah selesai lebih awal drpd yg aku jangkakan.
 ACTIVE lah sudah status aku dan wan adila sebagai
pelajar semester empat pada sem ini...

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SIR IKRAM MUZAMMIL, ZAM ZAMY AND THE GENG ALSO AKAK COMEL YANG TIDAK DAPAT KU KESAN SIAPA NAMANYA. =)







Assalamualaikum, sebenarnya nak cerita pasal satu 
restoran yang berdekatan dengan rumah sewa aku ni.  Tapi di sebabkan 
membe aku dah story pasal restoran tu, so xkan nak cite bnde yang same jee kan?
hihihi . oke laaa, tp takot teringat ingat. aku nak jugak promote, nme restoran nie
D'one steak. makanan die sedap. ape yang pati makanan barat kite boleh dapatkan dengan 
harga tempatan, haaaa, tu yang susah nak cari kan? ni kedai die yg terletak dekat seksyen7 shah alam 

korang boleh cube makan kat sini. :)
kalau ade yang sudi belanje, lagi bagus. HAHA

oKe dah boleh stop meroyan, kembali kepada insan2 yang ku rindu.
Terkenang pula pada zaman sekola dlu. 
yang memang x boleh lupa, cik rahim, die warden asrama putera and puteri.
muke die tenang je. tapi bagi aku cik im ni garang
setiap kesalahan aku, jarang die tak dapat tangkap. hahahha
nak tengok x wajah insan yg masih berjasa pada skolah lama aku?
 jeng jeng jeng
this picture is credit to nabilet. hihi
rase rase cik im ingat x kat aku..? hurmmmmm

Guru paling spoting plakkk kann, ahahahahha. warga Mujahidin, 
ce teka sape? mestilah ustazah aznizah :D ktrg tetap panggil die
ustazah even die ajar sejaran and science. subjek aku x ske actually.
ekekekekke.  time kat skola die cikgu. time kat asrama 
dia ibarat mak aku yang garang. HAHAHAHHA.
ni laaa bondaaa kami ;)
comel kann? hahah. miss herr :'(
this picture also credit to nabilet :)

Sungguh aku rindukan mereka .
yang menangis dan ketawa bersama ku .
setiap kenangan ku iringkan bersama doa
agar aku masih wujud di hati insan2 ini :)

=___________=

Assalamualaikum :) 
 firstly, aku nak ucapkan tahniah kepada dri aku sndri, walau pon dah tua tp still sempat nak berjinak2 dgn blog.Ahh, sebenarnya tak pandai pon nak design bende alah ni, 2mggu yg lepas aku mcm nak menangis kenangkan blog aku yang tak rupe blog. mcm blog puaka pon ade T_T. Tapi aku tak putus asa untuk terus mencuba. (padahal ape la sangat),. sebab terkenangkan terbitnya rasa cemburu bila kawan2 aku asyik nak mengupdate blog, aku ni nak update ape plak kan? hahahha, akhirnya aku buat lah untuk tatapan mata sendiri. 
Sekarang aku mulakan cerita mengenai siapa aku? macam kelakar plak kan?
nama aku nieysa white apple, (ni bukan nme sbenar tw) anak kepada En Muhtar, yang tak lama lagi akan bergelak Dato'. HAHA, ni aku yang perasan, . Aku ada empat orang adik beradik and i'm the first one. terang teranglah aku sebagai contoh untuk adik2 kan? contoh hebat ni, jangan main2.
adik2 aku panggil aku kak nisa, takde kak long kak long ni. (padahal teringn) the 2nd one is siti maisarah, muhammad faruq and the last one is iqram rifqi.
Okay now nak cerita pasal sekolah pulak. tadika dlu aku sekolah kat tadika yang pakai baju biru. ce teka tadika ape?Answer your self. HAHA. mase darjah satu sampai darjah empat aku sekola kat sk Taman Medan. Then kami sekeluarga berpindah dan aku disekolahkan di Sekolah kebangsaan Garden Road, (bukan nama sebenar) . Bile tibe masanya untuk masuk form one, excited bukan kepalang. seronok betol kain sekolah dah bertukar warna biru cair. nampak la remaja tu :) bangga seketika* haha, tapi tak lama rupanya, mase form three, abah pindahkan aku kat sekola agama. nama sekolah tu Kiblah kat Bangi. aku rasa ramai yang tak tahu.tak lama pon sekolah kat situ, sebab ayah aku tak yakin akan kesahihan ilmu2 yang aku dalami, Then masok form 4, aku sekolah kat Sekolah Menengah Agama Al Azhar. banyak kenangan manis dan pahit,  Yang manis aku simpan and yang pahit terpaksa lah aku telan, I have no choice :). Tiba lah alam universiti. Sebab aku ni pandai sangat, uitm tak terima permohonan aku, unisel jugak yang baik hati untuk menerima student bijak mcm aku nie, Universiti Selangor taw. aku bangge belajar kat sini, HEHE, 

INILAH TEMPAT KU MENIMBA ILMU. :D


Sekian sampai di sini warkah ku. selamat malam :)